Followers

Tuesday, July 16, 2013

Facebook kami

Jiran Wanita KRT Zon Sentosa kini berinteraktif di Laman Facebook : Jiranita Sentosa


dikesempatan ini juga kami mengucapkan :
SELAMAT BERPUASA & MENYAMBUT SYAWAL 1434H

Monday, June 17, 2013

di Majlis Makan Malam

15hb Jun 2013 - Jiran Wanita KRT Zon Sentosa menghadiri Majlis Makan Malam sempena Lawatan Intergrasi dan Pembangunan Minda dari KRT Pramu Jaya 3 bertempat di Pusat Aktiviti KRT Johor Jaya A, Jalan Bakawali 80, Taman Johor Jaya, Johor Bahru.


Friday, January 8, 2010

Resipi Mee Goreng Simple


Mee Goreng yang mudah disediakan..

Andai kata anda tidak sempat nak ke kedai, cari bahan-bahan yang senang nak dapat di dapur. Juga sesuai untuk sesiapa yang tinggal keseorangan di rumah.

 

Bahan-bahan ( seorang )

1. Mee kuning/ spaghetti yg telah di rebus sehingga lembut
2. Bawang merah kecil sebiji dan bawang putih seulas di potong halus
3. 2 sudu cili boh/cili yg dah dikisar
4. Sos cili/cili padi yg di hiris halus jika mahu lebih pedas
5. Kicap jika ada
6. Bahan tambahan jika ada e.g. udang, ketulan ayam, tauge, kucai

Cara-cara membuat

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga cili menjadi garing ( warna cili berubah and dah naik minyak)
  2. Apabila garing, masukkan udang, garam dan gula secukup rasa, sos cili/cili padi dan kicap (Masukkan jika ada. Jika tiada, tidak mengapa. Tetapi garam dan gula mesti dimasukkan)
  3. Apabila udang/ayam sudah masak, masukkan mee/spaghetti
  4. Sekiranya ingin menambah sayur, masukkan apabila mee dan bahan2 sudah sebati supaya sayur tidak layu. Gaul sehingga sayur masak sedikit. Terpulang kepada keinginan anda.