Followers

Friday, January 8, 2010

Resipi Mee Goreng Simple


Mee Goreng yang mudah disediakan..

Andai kata anda tidak sempat nak ke kedai, cari bahan-bahan yang senang nak dapat di dapur. Juga sesuai untuk sesiapa yang tinggal keseorangan di rumah.

 

Bahan-bahan ( seorang )

1. Mee kuning/ spaghetti yg telah di rebus sehingga lembut
2. Bawang merah kecil sebiji dan bawang putih seulas di potong halus
3. 2 sudu cili boh/cili yg dah dikisar
4. Sos cili/cili padi yg di hiris halus jika mahu lebih pedas
5. Kicap jika ada
6. Bahan tambahan jika ada e.g. udang, ketulan ayam, tauge, kucai

Cara-cara membuat

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga cili menjadi garing ( warna cili berubah and dah naik minyak)
  2. Apabila garing, masukkan udang, garam dan gula secukup rasa, sos cili/cili padi dan kicap (Masukkan jika ada. Jika tiada, tidak mengapa. Tetapi garam dan gula mesti dimasukkan)
  3. Apabila udang/ayam sudah masak, masukkan mee/spaghetti
  4. Sekiranya ingin menambah sayur, masukkan apabila mee dan bahan2 sudah sebati supaya sayur tidak layu. Gaul sehingga sayur masak sedikit. Terpulang kepada keinginan anda.

No comments:

Post a Comment